Sunday, 14 February 2021

RESIPI SAYUR AIR BAYAM


 BAHAN-BAHAN

1. Sesudu minyak masak.

2. Seulas bawang putih, 2 ulas bawang merah (tumbuk/ hiris halus)

3. Seikat bayam.

4. Segenggam cendawan.

5. 2 biji tomato. (potong 4)

6. 3 cawan air.

7. 2 sudu ikan bilis.

8. Sesudu teh lada hitam. ( kalau suka pedas, tambah banyak lagi ya)


CARA MASAK

1. Masukkan sesudu minyak masak ke dalam periuk.

2. Bila panas, masukkan bawang.

3. Apabila bawang hampir garing, masukkan 3 cawan air.

4. Kemudian, masukkan 2 sudu ikan bilis dan sesudu teh lada hitam.

5. Apabila menggelegak, masukkan tomato. ( tujuan tomato dimasukkan pada lering awal adalah untuk menambahkan perasa asli ke dalam masakan)

6. Masukkan cendawan dan bayam.

7. Tunggu sehingga menggelegak, boleh tutup api.

8. Sedia untung dihidang. 😇


Thursday, 26 April 2018

Best ke belajar IPG?

Bila result SPM keluar, ramai pelajar yang  bertanya sama ada seronok atau tidak belajar di IPG.
Bagi saya selaku pelajar IPG, ada fasa indah serta ada fasa yang kurang indah dan bergantung kepada kita bagaimana ingin menguruskannya.

Pada pendapat saya, kalau sesuatu perkara itu bermula dengan minat, maka kita akan lebih seronok untuk melakukan sesuatu perkara tersebut.

Misalnya, saya memang berazam untuk menjadi guru dari kecil lagi, jadi apapun halangan yang saya bakal tempuhi saya akan cuba mengatasinya dengan baik bagi mencapai cita-cita saya. Apabila datangnya musim kerja kursus yang hampir 30 kk, saya akan usaha untuk membuatnya sebaik mungkin. Tetapi seandainya saya tidak berminat dengan engineering dan mengambil engineering, saya tak akan mampu bertahan untuk melakukan kerja kursus engineering yang banyak. Kerana saya memang tidak berminat. Tetapi disebabkan saya minat untuk menjadi guru, maka saya masih mampu bertahan dengan kerja-kerja yang perlu dilakukan.


     Bagi saya, setiap orang perlu ada matlamat yang jelas atas sesuatu tindakan mereka.
Matlamat utama saya menjadi guru bukan sahaja untuk mendidik anak-anak bangsa dengan ilmu berdasarkan buku teks dan DSKP sahaja, matlamat saya lebih daripada itu. Saya berhasrat untuk mendidik anak-anak pelajar dengan ilmu agama yang bermanfaat dengan harapan mereka dapat berbakti kepada ummah, mereka lebih mengenali Allah dan lebih dekat dengan Allah. Anak-anak kecil ini jika dididik dengan baik, inshaAllah mudah kita nak baiki. Tetapi Allah jualah yang berkuasa ke atasnya. Bak kata pepatah Melayu ' melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Konklusinya, bagi di IPG sangat best jika anda mempunyai cita-cita seperti saya!

Sekian
a teacher to be

Tuesday, 17 April 2018

Isra' Mikraj

Perkongsian daripada ceramah Ustaz Aris Farhan

 Ø³ُبْØ­َانَ الَّذِÙŠ Ø£َسْرَÙ‰ٰ بِعَبْدِÙ‡ِ Ù„َÙŠْÙ„ًا Ù…ِÙ†َ الْÙ…َسْجِدِ الْØ­َرَامِ Ø¥ِÙ„َÙ‰ الْÙ…َسْجِدِ الْØ£َÙ‚ْصَÙ‰ الَّذِÙŠ بَارَÙƒْÙ†َا Ø­َÙˆْÙ„َÙ‡ُ Ù„ِÙ†ُرِÙŠَÙ‡ُ Ù…ِÙ†ْ آيَاتِÙ†َا ۚ Ø¥ِÙ†َّÙ‡ُ Ù‡ُÙˆَ السَّÙ…ِيعُ الْبَصِيرُ

"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya ( Muhammad) pada suatu malam daari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perhatikan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda ( kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dialah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah al-Isra' : ayat 1)

Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab ( pendapat jumhur ulama')
Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan berlaku pada bulan Rabiul Awal, Muharram dan Syawal, Namun pendapat yang mengatakan berlaku pada bulan Rejab adalah paling kuat.

Matlamat utama Isra' Mikraj
Kefardhuan solat 

Peristiwa ini berlaku setelah beberapa kali nabi Muhammad  saw mengalami tempoh kesedihan. Kenapa rasulullah bersedih?

1. Kematian isteri baginda yang tercinta iaitu Siti Khadijah
2. Kematian bapa saudara baginda yang paling rapat iaitu Abu Thalib. (Abu Thalib merupakan bapa saudara baginda yang bukan beragama Islam tetapi sentiasa mempertahankan baginda. )
- semasa Abu Thalib di ambang sakaratul maut, nabi Muhammad saw berlari mendapatkan Abu Thalib dan berkata " Wahai bapa saudaraku, lafazkanlah kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADUN RASULULLAH"
Namun, belum sempat Abu Thalib melafazkan kalimah mulia ini, Abu Jahal berkata " Kalau kamu melafazkan kalimah itu, maka aku akan memalukan keturunan engkau bila-bila sahaja."
Abu Thalib yang risau dengan ancaman tersebut akhirnya mati dalam keadaan tidak beriman kepada Allah. (Allahu, betapa sedihnya baginda!)
3. Nabi Muhammad diancam oleh Abu Jahal.
-semasa nabi Muhammad saw solat di depan kaabah, Abu Jahal telah membaling perut unta yang sangat busuk kepada baginda.
4. Nabi Muhammad saw dan Saidina Abu Bakar pergi ke Thaif untuk sampaikan Islam, pemimpin Thaif yang tidak seruan rasulullah dan ajaran Islam mengajak budak-budak membaling batu kepada baginda. Maka, berlumuran darahlah wajah suci baginda.. Darah yang banyak sehingga memenuhi tadahan sepatu yang dipakai oleh baginda. Rasulullah terlalu sedih pada saat ini. "Ya Allah, di mana lagi bumi yang menerima ajaran Islam ini?"
ketika ini, malaikat Jibril turun kepada baginda dan bertanya " Wahai rasulullah, adakah kamu mahu aku menterbalikkan bumi Thaif ini?"
Namun jawab baginda "Aku hanya mahu penduduk Thaif menganut agama Islam. (sehingga kini Islam masih subur di bumi Thaif)

Antara peristiwa yang berlaku semasa Isra' dan Mikraj
- Rasulullah menggunakan haiwan buraq sebagai tunggangan, dikatatakan fizikal buraq ini tidak setinggi kuda
- Semasa tiba di bumi al Quds (Masjidil Aqsa), rasulullah telah menjadi imam solat . Bagindi mengimami para-para rasul dan nabi. Dikatakan lebih kurang 24000 nabi-nabi zaman terdahulu yang tidak dikenali baginda.
( di sini Allah ingin menunjukkan kepada baginda bahawa baginda tidak berseorangan dalam berdakwah, bahkan menjadi pemimpin kepada orang lain dan ramai yang menyokong baginda)
- Kemudian nabi Jibril datang membawa susu di tangan kanan dan arak di tangan kiri, ketika Jibril menyuruh baginda memilih antara keduanya, lantas rasulullah memilih susu.
( berkata Jibril " Wahai rasulullah, engkau telah memilih fitrahmu.)
- Kemudian Jibril menemani nabi dalam perjalanan ini, semasa di langit 1. Jibril meminta izin penjaga langit 1 untuk melepasi laluan itu
"Wahai Jibril, siapakah ini?"
" Wahai Rasulullah, inilah nabi Adam."
ada pendapat mengatakan semasa nabi Adam pandang ke kanan baginda tersenyum kerana melihat ummat manusi di syura, apabila baginda pandang ke kiri, baginda menangis kerana melihat manusia diseksa di neraka
- Seterusnya rasulullah saw telah melihat nabi yusuf yang sangat kacak. baginda berkata kekacakan nabi Yusuf sebahagian daripada dunia. (Subahanallah!)
-Seterusnya baginda meneruskan perjalanan sehingga Baitulmakmur ( tempat tawaf para malaikat sejajar dengan Kaabah di bumi), di sini baginda berjumpa dengan nabi Ibrahim.
- Kemudian, semasa di Sidratul Muntaha, Jibril menunjukkan rupanya yang asal. Jibril berkata kepada rasulullah "Wahai rasulullah, pergilah engkau berjalan. Aku hanya dapat menemani kamu sehingga garisan ini sahaja.". Kemudia pergilah baginda bertemu dengan Allah swt. Ada pendapat mengatakan baginda bertemu dengan Allah melalui mata kasar baginda dan ada pendapat mengatakan baginda bertemu dengan Allah melalui mata hati baginda.
Semasa bertemu dengan Allah, baginda telah memohon kepada Allaha agar dikurangkan solat 50 waktu sehingga menjadi 5 waktu, betapa malunya baginda untuk meminta solat dikurangkan. Adakah kita masih berat untuk melaksanakannya?

Antara cerita Israeliyat dalam Isra' Mikraj
1. Rasululullah dikejar jin ifrit
2. Rasulullah melihat perempuan tua yang diibaratkan sebagai dunia.
3.  Satu kaum yang dituang najis dan air kencing unta ke dalam mulutnya kerana  memakan harta anak yatim

Cerita yang sahih.
1. Nabi melihat kaum yang berenang dalam lautan darah. Mereka inilah golongan yang memekan harta anak yatim.
2. Diperlihatkan golongan yang memiliki perut yang bersar. Mereka inilah yang memakan riba di dunia.
3. Satu golongan kuku panjang-panjang yang dibuat daripada tembaga, mereka mencakar diri masing-masing sehingga Allah hancurkan mereka. Kemudian, mereka mengulang kembali perbuatan tersebut. Mereka inilah golongan yang suka mengumpat
4. Golongan yang memiliki lidah panjang kemudia mereka memotong lidah mereka. Mereka inilah orang yang suka berbohong dan ada pendapat  mengatakan mereka juga golongan yang suka memakan harta anak yatim.
5.Perempuan berbau tengit sehingga rasulullah menutup hidung ketika melihatnya. Mereka ini golongan yang tidak mahu berkahwin tetapi suka berzina..

Pengajaran
1. Hargailah agama ini
2. Solat yang difardhukan menggambarkan betapa susahnya perjalanan dakwah ini.

Monday, 16 April 2018

Relax with this song. chill

Sampai Ke Hari Tua - Aizat Amdan

jika ku radio
dan engkau lagunya
dan aku putarkan
hingga semua terleka

begitulah kita
ditakdirkan
untuk bersama

jika
ku air wudhumu
menjadi serimu
dalam lima waktu

jika
kau kuat percaya
akulah jodohmu
jagamu selalu

menarilah sayang
di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

jangan bimbang sayang
kita harungi bersama
berdua selamanya.........

sampai ke hari tua....
mencintaimu....

kaulah watak utama
dalam setiap drama
yang sering dimainkan
menjadi kegilaan

begitulah kita
ditakdirkan untuk bersama

jika
ku air wudhumu
menjadi serimu
dalam lima waktu

jika
kau kuat percaya
akulah jodohmu
jagamu selalu

menarilah sayang
di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

jangan bimbang sayang
kita harungi bersama
berdua selamanya.........

sampai ke hari tua....
mencintaimu....

jangan bimbang sayang
kita harungi bersama
berdua selamanya.........

sampai ke hari tua....

hingga ke akhirnya
kaulah cinta terindah
engkaulah satunya
sampai ke hari tua

menjadi milikku
hingga ke hujung nyawa
mencintai mu....
mencintai mu....
mencintai mu....