Bila result SPM keluar, ramai pelajar yang bertanya sama ada seronok atau tidak belajar di IPG.
Bagi saya selaku pelajar IPG, ada fasa indah serta ada fasa yang kurang indah dan bergantung kepada kita bagaimana ingin menguruskannya.
Pada pendapat saya, kalau sesuatu perkara itu bermula dengan minat, maka kita akan lebih seronok untuk melakukan sesuatu perkara tersebut.
Misalnya, saya memang berazam untuk menjadi guru dari kecil lagi, jadi apapun halangan yang saya bakal tempuhi saya akan cuba mengatasinya dengan baik bagi mencapai cita-cita saya. Apabila datangnya musim kerja kursus yang hampir 30 kk, saya akan usaha untuk membuatnya sebaik mungkin. Tetapi seandainya saya tidak berminat dengan engineering dan mengambil engineering, saya tak akan mampu bertahan untuk melakukan kerja kursus engineering yang banyak. Kerana saya memang tidak berminat. Tetapi disebabkan saya minat untuk menjadi guru, maka saya masih mampu bertahan dengan kerja-kerja yang perlu dilakukan.
Bagi saya, setiap orang perlu ada matlamat yang jelas atas sesuatu tindakan mereka.
Matlamat utama saya menjadi guru bukan sahaja untuk mendidik anak-anak bangsa dengan ilmu berdasarkan buku teks dan DSKP sahaja, matlamat saya lebih daripada itu. Saya berhasrat untuk mendidik anak-anak pelajar dengan ilmu agama yang bermanfaat dengan harapan mereka dapat berbakti kepada ummah, mereka lebih mengenali Allah dan lebih dekat dengan Allah. Anak-anak kecil ini jika dididik dengan baik, inshaAllah mudah kita nak baiki. Tetapi Allah jualah yang berkuasa ke atasnya. Bak kata pepatah Melayu ' melentur buluh biarlah dari rebungnya'.
Konklusinya, bagi di IPG sangat best jika anda mempunyai cita-cita seperti saya!
Sekian
a teacher to be
No comments:
Post a Comment